Ain's Birthday

Lilypie 5th Birthday Ticker

Syahmi's Bday

Lilypie 3rd Birthday Ticker

Wafi's bday

Lilypie 1st Birthday Ticker

Tuesday, March 18, 2008

Puting Beliung di Kampung ku! 14 March 2008

Puting beliung mengganas Oleh Anuar Kapok dan Mastura Ismail
32 rumah rosak di Kabong dan sebuah di Patiambun, Limbang
KABONG: Puluhan rumah rosak setelah dilanda puting beliung dan tiupan angin kencang dalam dua kejadian berasingan di Kampung Emplam, Kabong dan Kampung Patiambun, Limbang pada petang dan malam Jumaat lalu.

Di Kampung Emplam, 32 buah rumah yang terletak kira-kira 25 kilometer dari sini, rosak dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 3.40 petang itu.
Dua daripada rumah terbabit ranap menyembah bumi, manakala yang lain rosak pada bahagian atapnya.
Namun demikian, sebuah keluarga yang sedang berkumpul di dalam salah sebuah rumah yang ranap itu terselamat, termasuk seorang kanak-kanak berusia setahun setengah dan bayi berumur enam bulan.
Ketua Kampung Emplam, Bustamam Bakar ketika di-temui semalam menjelaskan, akibat kejadian itu beberapa penduduk yang terjejas terpaksa menumpang di rumah jiran yang terselamat.
Bertindak atas maklumat penduduk, pihak Tabung Baitulmal Sarawak Cawangan Sri Aman yang diwakili Ketua Cawangan Baitulmal Sri Aman Shamsul Bahri Manap, Eksekutif Cawangan Ustaz Zulhazmi Bohari, Ketua Cawangan Tabung Baitulmal Sara-wak Cawangan Sarikei Ustaz Abdul Rahman tampil menghulurkan bantuan makanan asas kepada mangsa pada kira-kira jam 9 malam Jumaat (hari kejadian).
Manakala pada kira-kira jam 11 pagi semalam (Sabtu), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka Abdul Wahab Aziz serta rombongan hadir bagi melawat kawasan kejadian.
Turut sama ialah Pegawai Daerah Saratok Daniel Supit dan Pegawai Tadbir Sarawak Kabong Nazari Bujang.
Semasa kunjungan itu, Wahab menyerahkan geran kerajaan sebanyak RM25,000 kepada penduduk yang terlibat dalam bencana berkenaan.
Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Saratok, polis dan bomba juga terlibat dalam menghulurkan bantuan kepada mangsa.
Sementara itu, seorang penduduk, Zain Idi, 46, berkata kejadian ribut itu bermula dengan keadaan cuaca yang mendung, diikuti hujan dan ribut petir.
“Selepas itu penduduk digemparkan dengan satu terjahan angin yang berputar serta mencabut, mematah dan menumbangkan pokok-pokok sebelum menerbangkan atap rumah penduduk.
“Beberapa penduduk yang kebetulan baru balik dari menangkap ikan turut terserempak dengan kejadian itu di sungai. Air sungai dikatakan menjulang setinggi kira-kira enam meter ketika puting beliung melanda,” ujarnya.
Menurut Zain lagi, kejadian seumpama itu pernah berlaku di Kampung Sessang berdekatan Kampung Emplam pada tahun 1968.
Dalam kejadian kali ini, tujuh buah rumah penduduk Kampung Sessang turut terkena tempias apabila atap rumah mereka diterbangkan angin. Selain pokok buah-buahan, tanaman padi penduduk turut menjadi mangsa puting beliung kali ini apabila beratus-ratus ekar sawah milik penduduk musnah.
Ketika berita ini ditulis, penduduk sedang sibuk memperbaiki kediaman masing-masing, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.


I tried to call my dad,but to no avail!I feel worried,but I believe they're in good condition!Lemme see how first la!
*My father called back and said that my family is not affected!Alhamdulillah!

2 comments:

Zara in Germany said...

serious ke...wow..ingatkan jadi kat usa aje...

The Juggler! said...

Oh...memang serius!luckily rumah kami tak kena,walaupun one of the house yg ranap tu cuma selang 2 buah umah je!nasib baik baby org tu tak apa2!

What Kind of Guy Will You Fall For?

You would fall for the gentleman. Keep an eye out for your love at your next formal or field trip to the opera. Watch out for bad boys who walk on the inside of the curb and don't hold the door for you, and you'll end up with the guy who's suave, sophisticated, and classy through-and-through.
Find Your Character @ BrainFall.com

My Visual DNA